2. Di manakah saya boleh mendapatkan produk syarikat ini?
- Produk-produk CWC boleh didapati daripada pengedar ataupun stokis CWC yang sah.
3. Dengan siapakah saya perlu berhubung untuk mendapat maklumat tentang syarikat dan produk?
- Anda boleh mendapatkan segala maklumat tentang syarikat, produk dan maklumat yang berkaitan dengan menghubungi syarikat samada melalui panggilan telefon, fax, ataupun email. Segala pertanyaan anda akan dilayani dan dijawab oleh pegawai dari jabatan yang berkaitan.
4. Adakah syarikat ini berdaftar?
- Syarikat ini perbadankan atas nama CLASSIC WORLDWIDE CORPORATION (M) SDN. BHD, dengan nombor pendaftaran 773082-M di Kuala Lumpur
5. Dimanakah syarikat ini beroperasi?
- Syarikat ini beroperasi di alamat No.210, Aras 1, Jalan Lagenda 8, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
6. Bilakah syarikat ini ditubuhkan?
- Syarikat ini ditubuhkan pada 14 May 2007.
7. Adakah syarikat ini merupakan gabungan atau anak syarikat kepada mana- mana syarikat?
- Syarikat ini merupakan syarikat sendirian berhad dan TIDAK mempunyai sebarang kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana syarikat lain yang sedang atau telah beroperasi di Malaysia. Syarikat ini juga TIDAK pernah bergabung atau menjadi anak syarikat mana-mana syarikat lain yang akan, sedang atau telah beroperasi di Malaysia.
8. Apakah aktiviti perniagaan utama syarikat ini?
- Aktiviti perniagaan utama CWC adalah memasarkan produk- produk penjagaan diri (Skin Care) dan juga makanan kesihatan dibawah jenama CLASSIC LADY 7 (CL7) dan CLASSIC NUTRITION PACK (CNP) yang dikeluarkan oleh CLASSIC WORLDWIDE RESOURCES (M) SDN. BHD (CWR).
9. Siapakah CLASSIC WORLDWIDE RESOURCES (M) SDN.BHD dan apakah kaitan syarikat ini dengan CWC?
- CLASSIC WORLDWIDE RESOURCES (M) SDN.BHD adalah syarikat bersekutu CWC yang berfungsi sebagai pengilang dan pengeluar produk-produk yang dipasarkan oleh CWC. CWC dan CWR ditubuhkan dan dibawah lembaga pengarah yang sama dan ditadbir oleh pengurusan yang sama. Yang berbeza Cuma lokasi dan fungsi yang berlainan.
10. Apakah produk-produk yang dipasarkan oleh syarikat ini?
- CWC memasarkan produk- produk penjagaan diri (Skin Care) dan juga makanan kesihatan dibawah jenama CLASSIC LADY 7 (CL7) yang terdiri dari Vegetal Tri Active Cleanser, Vegetal Active Essance, Vegetal Refrehing Mist, Vegetal Eye Serum dan Vegetal Day Light UV Cream didalam set serta Vegetal Rediance Gel, Vegetal Dermal Refiner dan Vegetal Lady Care secara berasingan. Manakala CLASSIC NUTRITION PACK (CNP) terdiri daripada Cleansing Factor, Booster Factor, Cell Factor dan Trigger Factor.
11. Adakah Syarikat ini Mengilangkan produk ini sendiri?
- CWC tidak mengeluarkan produk-produk ini secara langsung, sebaliknya produk ini dikilangkan oleh syarikat bersekutu CWC iaitu CLASSIC WORLDWIDE RESOURCES (M) SDN.BHD (CWR).
12. Adakah produk yang dikeluarkan benar- benar berasaskan herba?
- Produk makanan kesihatan (CNP) ini berasaskan pati (Ekstrak) buah-buahan, sayuran, bijirin dan herba dari perubatan ayurveda. Secara umumnya produk ini diformulasikan berasaskan sumber semulajadi yang terbukti berkhasiat dan penting untuk kesihatan. Manakala produk penjagaan diri (CL7) didaftarkan dibawah akta farmaseutikal dan kawalan dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dihasikan berasaskan bahan aktif semulajadi yang telah diiktiraf seluruh dunia tentang keberkesananya.
13. Siapakah yang boleh menggunakan produk ini?
- Semua produk ini dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, oleh itu ianya selamat digunakan oleh semua golongan pengguna. Untuk kesan yang efektif, penggunaan produk ini mestilah mengikut aturan yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment